BLOG SQSIHAT – Homemade Granola Malaysia

KENAPA BERAT BADAN TAK TURUN WALAUPUN TIDAK MAKAN?

Saya pasti ramai rakyat Malaysia secara umum, sudah mula sedar tentang kepentingan untuk makan secara sihat. Ramai juga yang cuba menurunkan berat badan untuk penampilan dan kesihatan. Ramai antara kita cuba diet dengan menahan lapar, tapi masih tidak dapat menurunkan berat badan. Kenapa agaknya?

Sebenarnya masih ramai yang mungkin kekurangan ilmu cara sebenar untuk diet.  Ramai yang fikir, dengan skip sarapan atau skip makan, badan akan slim dan sihat. Tapi, tahukah anda, mengikut kajian saintifik, amalan skip makan adalah tidak sihat.

Mengikut kajian, ramai dikalangan mereka yang obese atau tinggi tahap BMI , adalah mereka yang tidak mengambil @ skip sarapan pagi!

Mengikut kajian juga, kebanyakkan mereka yang mendapat gastrik perut kerana tidak menjaga jadual makan yang tetap atau mereka yang suka skip makan!

Juga, dalam situasi lain, ramai yang ingin  mengamalkan diet sihat dan telah ada ilmu tentang cara pemakanan sihat, tetap tidak dapat mengamalkannya kerana kekangan masa untuk masak sendiri makanan berkhasiat dari rumah.

Kebanyakkan kita yang bekerja atau masih belajar, tiada masa untuk masak sendiri. Jadi kita terpaksalah membeli makanan sudah sedia masak di kafetaria atau gerai dan supermarket. Cuma kadang-kadang kita tiada pilihan tentang menu makanan yang tersedia kerana kebanyakkan menu yang tersaji di Malaysia adalah sangat tinggi lemak dan minyak. 

Kebanyakkan jajan atau makanan segera di Malaysia pula adalah makanan bergoreng atau tinggi lemak tepu  🙁

Secara kesimpulannya, jika hendak turunkan berat badan perlu;

  1.  MAKAN MAKANAN SIHAT – tidak berminyak (kurangkan makanan bergoreng)/ tiada lemak tepu (kurangkan makan nasi dan mee/pasta) / tiada kandungan gula putih (tidak minum minuman dalam tin/ air manis / minuman 3-in-1).
  2. TIDAK SKIP MAKAN. – seeloknya makan setiap 2 jam (disyor oleh coach) dalam KUANTITI YANG MINIMA.  Amalkan ‘makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang’. Jika berpuasa, pastikan ambil sahur.
  3. BERSENAM/ BE ACTIVE. Janganlah duduk sahaja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 11 =

Scroll To Top