BLOG SQSIHAT – Homemade Granola Malaysia

About Us

Puan Ruslina

Assalamualaikum. Nama saya Ruslina. Saya adalah pemilik laman web ini. Sekarang saya masih bekerja sebagai tenaga pengajar di Center for Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (IIUM).

Saya terpanggil untuk menulis blog ini atas rasa tanggungjawab supaya kita semua mengamalkan pemakanan sihat. Tetapi rakyat Malaysia mungkin masih ramai yang kurang prihatin tentang gaya pemakanan sihat sehingga Malaysia di kategori sebagai penduduk paling obese(gemuk) di Asia Tenggara.

Sarapan merupakan sajian yang paling penting dalam seharian kita. Tetapi sajian sarapan di Malaysia sangat tinggi lemak. Ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk makan nasi lemak, mee goreng, kueh-mueh yang manis dan berlemak atau roti canai yang berminyak. Semua makanan ini hanya penuh dengan lemak dan karbohidrat.

Apakah menu makanan di Malaysia ketandusan resepi? Tiadakah pilihan menu yang kurang lemak, kurang berminyak dan tinggi vitamin?

Saya tahu ramai juga rakyat Malaysia yang ingin jaga kesihatan dan penampilan. Ramai yang ingin kuruskan badan. Tapi bagaimana caranya?

Jadi blog ini saya ujudkan untuk memberi sedikit ilmu tentang cara formula kuruskan badan. Saya juga akan kongsikan resepi-resepi diet sihat.

Saya juga suka untuk berkongsi tips cara belajar di peringkat pra-University, bagi pelajar-pelajar yang baru melangkah masuk ke manara gading (kolej atau University). Saya mempunyai 25 tahun mengajar (subject Matematik) di peringkat pra-University seperti A-level, Cambridge dan Matrikulasi. Cara belajar di peringkat sekolah semestinya berbeza dengan cara belajar peringkat University atau Kolej. Ikuti blog ini untuk mengetahuinya.

Scroll To Top